Info Syarikat
Pengurus Majlis Perkahwinan Anda
Asiana Grand Hall
Dewan Tun Rahah Kuala Lumpur, Menara Yayasan Tun Razak, 200 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan.
Ditubuhkan sejak tahun 2021 sehingga kini yang menyediakan khidmat katering dan perancang majlis bagi majlis perkahwinan, majlis korporat/VIP/VVIP, mesyuarat dan sambutan perayaan.
Kami pakar dalam menyediakan khidmat katering untuk majlis berprestij dan berbangga disenaraikan sebagai syarikat swasta dan korporat yang terbaik dalam penyediaan makanan dan aturcara majlis.
Asiana Grand Hall adalah Pusat Katering Lengkap (Complete Catering Centre – 3C) yang terkenal diseluruh Malaysia yang menyediakan pengurusan majlis, pusat ruang dewan dan perkhidmatan katering yang terbaik bagi semua peringkat pelanggan.
Kami juga mempunyai pasukan operasi yang berdedikasi dan berdisiplin serta mengikut standard operasi yang ditetapkan syarikat bagi mewujudkan majlis yang berpristij yang memenuhi kepuasan setiap pelanggan.
Asiana Grand Hall telah mengembangkan sayapnya dengan membuka ruang dewan bagi majlis-majlis perkahwinan dan majlis korporat yang boleh menempatkan lebih seribu kapasiti di setiap dewannya di sekitar Lembah Klang dan Selangor.
Reputasinya yang baik dalam penyediaan makanan dan perkhidmatan serta memberi kepuasan kepada setiap pelanggannya, Asiana Grand Hall terbukti berjaya apabila menjalin kerjasama berulang dengan pelanggan sedia ada dan terbaru (repeat customer).
Dengan melangkah ke hadapan, Asiana Grand Hall sentiasa berusaha untuk menjadi peneraju untuk penyediaan majlis dan perkhidmatan katering di dalam Malaysia. Kejayaan demi kejayaan dalam pengurusan majlis dari semua peringkat swasta, badan kerajaan mahupun individu membuktikan Asiana Grand Hall antara yang terbaik di dalam industri katering/ perkahwinan Malaysia.
Menjadi destinasi pilihan untuk majlis yang tiada tandingan, terkenal dengan pengalaman yang disesuaikan mengikut keperluan setiap pelanggan, pengurusan yang lancar serta sajian kulinari eksklusif yang melangkaui standard industri.
Kami adalah destinasi utama untuk mencipta majlis yang tidak dapat dilupakan, dengan menawarkan pengalaman yang diperibadikan serta sajian kulinari berkualiti tinggi.
Kami pakar dalam menghasilkan majlis yang tidak dapat dilupakan melalui dekorasi yang memukau, pengalaman yang diperibadikan, pengurusan majlis yang lancar serta sajian kulinari eksklusif daripada dapur pusat (central kitchen) kami, dengan memastikan kecemerlangan pada setiap aspek perkhidmatan.
Kami mencipta kenangan yang berkekalan dengan sentiasa berusaha melangkaui jangkaan pelanggan, menjadikan setiap majlis suatu pengalaman yang istimewa, bermakna dan sentiasa dikenang.
Kami berusaha membuka peluang masa hadapan, meningkatkan taraf kehidupan dan menyumbang kepada kemajuan negara melalui majlis yang memberi impak serta hubungan yang terjalin dengan penuh makna.
Borang Pertanyaan & Tempahan
Asiana Grand Hall memberikan konsultansi secara PERCUMA. Isikan maklumat yang diperlukan di dalam borang pertanyaan ini. Kami akan menyantuni pertanyaan anda dalam kadar segera.